Saturday 10 June 2017

SAINS DALAM PENDIDIKAN ISLAM


KOLEKSI TERPILIH ARENA WATI


KOLEKSI TERPILIH SHAHNON AHMAD


KOLEKSI TRPILIH KERIS MAS


KOLEKSI TERPILIH A.SAMAD SAID


MENITI KALA


TUKCAI


AL BIRUNI


DOKTRIN EKONOMI ISLAM 4 JILID


SELUBUNG SENJA


NURANI


UNDANG-UNDANG MINANGKABAU


NASIONALISME: KRISIS & KEMATANGAN


DI ATAS PENTAS


PENGENALAN SISTEM UNDANG-UNDANG
MALAYSIA


KOPERASI DI MALAYSIA


PUITIKA SASTERA MELAYU


JURNAL PURBA


JURNAL PURBA



JURNAL PURBA


THE MISSING PEACE 1 & 2

Karya yang menyirat suatu kesan etnografi dan keterikatan dengan budaya Melayu yang kental. Pegangan nilai Islam sebagai nilai teras diajukan unmtuk menjelaskan kesan keadilan dan kebenaran.
KENALI TOKOH BERJASA 1


ISA AL MASIH


ZA'BA DAN MELAYU


Monday 5 June 2017


THE POLITICAL ASPECTS OF AVICENNA'S 
GENERAL THEORY OF COSMOLOGY & THE HUMAN SOUL

PERBALAHAN HEBAT DALAM SAINS

Buku ini memaparkan 10 kisah hebat mengenai pertelingkahan yang paling buruk tetapi paling menarik dari abad ke-17 hingga abad ke-20. Ia antara lain membongkar percanggahan idea serta personaliti negatif yang kemudiannya berakhir dengan pergolakan hebat. Turut didedahkan adalah pertelingkahan sains yang tidak sahaja dimarakkan oleh percanggahan dalam kalangan cendekiawan, tetapi juga oleh sifat keras kepala, cemburu, politik, pegangan hidup dan resmi manusia yang percaya bahawa dirinya sentiasa betul.
KUMPULAN CERPEN: BARA BATU

Buku ini mengandungi 30 cerpen penulis yang tersiar pada surat khabar dan majalah tempatan dari tahun 1969 hingga tahun 1979.


AGENDA MELAYU ATAU AGENDA RAKYAT

PROJEK MUZIUM BUKU MALAYSIA

SESIAPA YANG ADA BUKU-BUKU,KOMIK & MAJALAH ILMIAH LAMA, JANGAN BUANG ATAU  BAKAR, SAYA SEDIA MEMBELINYA DENGAN HARGA YANG LEBIH BAIK DARI HARGA PUSAT KITAR SEMULA. SEMUA BAHAN BACAAN INI SEBAHAGIANNYA ADALAH UNTUK PROJEK PEMULIHARAAN WARISAN SEJARAH NEGARA.


Tuesday 23 May 2017

PANGLIMA AWANG


Adakah benar orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia adalah berbangsa Melayu? Bukannya Fernado de Magalhaes@Ferdinand Magellan.Siapakah Enrique@Henry the Black aka Panglima Awang.

Buku fiksyen yang dikarang pada tahun 1958 ini cuba mengangkat hero melayu."Panglima Awang" adalah nama watak yang dijelmakan oleh penulis.Banyak unsur patriotisme yang digambarkan didalam karya ini.

Secara ringkasnya kisah ini berkisar tentang perjalanan Panglima Awang bermula dengan perang dengan Feringgi di Melaka,bagaimana beliau boleh ikut belayar bersama Kapten Fernando,dunia baru ke hujung benua melalui barat seterusya sampai ke Cebu dan kembali ke Melaka.

Point penting disini ialah Fernando terbunuh di Pulau Mactan,Filipina.Maka Fernando@F.Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia.Manakala P.Awang mula belayar dari Melaka dan tiba semula di Melaka.

Aku berpuas hati kerana akhirnya berjaya membaca karya Harun Aminurrashid ini walaupun ianya diterjemahkan dalam bentuk fiksyen.Barat sememangnya mengiktiraf catatan Pigafetta.Aku kagum dengan kemampuan dan ilmu pelayaran orang dulu-dulu.Selain itu,wujud tarikan baru pula untuk aku mengetahui siapa pula "Panglima Hitam"?
PERANG HOMOSAPIEN

Kita ada peranan dan fungsi dalam masing-masing pembentukan sebuah negara yang merdeka. Biar sekecil mana dan siapa pun kita, kita adalah tiang-tiangnya. Seperti juga jutaan sel dalam badan. Melalui gabungan yang mantap, ia mampu membentuk organ, saraf, dan bendalir. Tanpanya, tiada yang boleh hidup. Kita harus bergabung tenaga dan fikiran. Itu ialah kekuatan sebenar kita. Demi agama dan negara tercinta. Kata Laksamana T4 Limfosit lagi. Kali ini suaranya lebih bersemangat.
NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MENITI JALAN BERLIKU


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MENCARI KASIH AYAH


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
KUTIP


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
SAYANG SI ANA


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
ANTARA DUA GADIS


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
AKU ANAK PENGEMIS


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
USAHANYA BELUM BERAKHIR


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MISTERI RUMAH TINGGAL



NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
PROJEK 2020


NOVEL KANAK-KANAK TERPAKAI
TUAH ANAK SUNGAI MANGGIS



Sunday 21 May 2017


NOVEL KANAK KANAK
SIRI RAJAWALI FC
NI BARU PERMULAAN BEB..


NOVEL KANAK KANAK
SIRI RAJAWALI FC
MACAM BAGUS JE...


DUNIA HANYALAH PENTAS

"Komputer di hadapan mereka masih terpasang, cahaya dari skrin menyorot mayat-mayat tersebut. Setiap mayat memakai sejenis alat ganjil di atas kepala mereka, seperti sebuah topi keledar tetapi diperbuat daripada komponen elektronik yang dibentuk dan disusun dalam konfigurasi kubah atau separa sfera."

Inilah kisah seorang banduan bernama Aliff Yahaya yang dibawa keluar penjara untuk menyiasat kematian tiga orang pelajar SMK Gunung Rapat. Bersama Ketua Inspektor Kathleen Gillian DeCruz dengan pasukan elitnya, Datawan Unit 12, mereka bersama-sama menyiasat untuk merungkai misteri di sebalik kematian pelajar-pelajar itu menggunakan kecanggihan teknologi dan kepintaran daya akal.
KRONIKEL ETANOL


Dr. Majmin ditugaskan untuk menyiasat serangan serangga perosak di ladang tebu. Kerosakan dan kemusnahan tanaman tebu bermakna akan membawa kesan terhadap sumber untuk menghasilkan etanol yang digunakan sebagai bahan bakar. Penyiasatan membawa Dr. Majmin ke Perlis, yang kemudian menemukannya dengan suatu kejadian pelik, iaitu kemunculan ulat yang memusnahkan ladang tebu di Chuping hanya dalam satu malam kemudian hilang tanpa dapat dikesan.

Kemunculan Azren atau Farouk yang menghadapi masalah kecelaruan identiti telah menjawab persoalan serangan ulat ini. Bermula dengan menawan seorang anggota polis, sikap Azren bertambah aneh apabila dia bercakap sendirian, yang sebenarnya gejala halusinasi Azren. Kamalia muncul, kemudian bergabung dengan Majmin untuk melakukan penyiasatan di ladang tebu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan Azren.

Pelbagai insiden berlaku di ladang tebu ini. Anggota polis mati secara misteri; sebahagian tebu mempunyai komposisi asid yang berlebihan; pencerobohan, kemalangan demi kemalangan; kadar radio aktif yang tinggi dikesan, sehingga membawa kepada tindak-tanduk Farouk yang mula dicurigai. Kegiatan jahat Farouk/Azren dapat ditumpaskan, dan ini membolehkan penyelidikan diteruskan.
KATALIS NEUROGENESIS

"Mengapa pula aku tidak mampu melakukannya? Kejayaan sudah berada di depan mata. Inilah penamatnya. Penamat kepada perjuangan dan impian yang sia-sia. Impian yang mahu mengawal minda manusia dan mengeksploitasi pemikirannya."
PURANAKILA


Erna Bestari seorang aktivis pencinta alam, bertugas sebagai pengurus pengeluaran syarikat memproses kelengkapan elektrik di sebuah industri berteknologi tinggi. Sebelum itu, di Puranakila telah berlaku tragedi ngeri di sebuah kilang yang yang mengorbankan bapa Erna Bestari. Untuk melupakan tragedi itu, Erna Bestari dan ibunya meninggalkan tempat itu serta menugaskan keluarga bapa Haris Hakim menguruskannya. Erna Bestari dan Haris Hakim, iaitu anak angkat ibunya, melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dan teknologi pemprosesan polimer. Setelah bekerja dan menimba pengalaman, mereka membangunkan semula Puranakila.

Pengalaman sewaktu kebakaran tapak pelupusan sampah di Puranakila mengakibatkan Erna Bestari dihinggapi radang paru-paru, dan ini menguatkan keazamannya menyelesaikan masalah pencemaran alam di Puranakila. Dia mewarisi Mini Estet Puranakila daripada datuk sebelah ibunya semasa dia masih kecil.

Dengan bantuan Tuan Haji Syed Hassan dan Tuan Haji Syed Hashim, serta sokongan padu penduduk Puranakila, mereka membangunkan semula Puranakila Polimer. Tapak pelupusan sampah dijadikan kawasan pertanian yang subur, sisa organik diperoses semula menjadi baja, termasuk mengitar semula bahan plastik yang lain. Berkat kegigihan dan ilmu yang dikuasai, bukan sahaja Puranakila maju, malahan negara beroleh manfaat besar daripadanya.
KLON

Washington D.C. konspirasi peringkat tertinggi sedang berlangsung dan Amerika Syarikat dikuasai tangan-tangan di belakang tabir.


Ryan Smith dibunuh lalu seorang pakar biokimia, bioteknologi dan genetik warganegara Malaysia yang bekerja di sebuah konglemerat disiasat FBI dan CIA.

Kehilangan dokumen sulit, diburu dan menjadi pelarian di negara asing telah mengikat hubungan antara manusia berlainan agama, bangsa dan benua.

Dibantu Dr. Susan Lancester, dan melalui peristiwa demi peristiwa, Dr. Fakiruddin merungkai konspirasi terbesar dunia.
TRANSGENIK SIFAR


Dunia sudah ditenggelami air dan daratan hanya tinggal secebis, lalu manusia menetap di lautan dengan membina stesen-stesen penempatan.

Stesen Universiti Skudai, seorang perempuan bersama-sama suami dan anak perempuannya sedang menunggu seorang kanak-kanak lelaki yang diambilnya sebagai anak angkat daripada Futurgen.

Di dasar Laut Timor seorang lelaki yang bernafas bagaikan ikan sedang menghampiri bangkai Cosuteaun Star untuk melaksanakan misinya.

Peristiwa demi peristiwa dilalui, Subjek Sifar @ Humam cuba mengenal diri, mencari asal-usul dan kewajaran dirinya diciptakan.