Tuesday 23 May 2017

PANGLIMA AWANG


Adakah benar orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia adalah berbangsa Melayu? Bukannya Fernado de Magalhaes@Ferdinand Magellan.Siapakah Enrique@Henry the Black aka Panglima Awang.

Buku fiksyen yang dikarang pada tahun 1958 ini cuba mengangkat hero melayu."Panglima Awang" adalah nama watak yang dijelmakan oleh penulis.Banyak unsur patriotisme yang digambarkan didalam karya ini.

Secara ringkasnya kisah ini berkisar tentang perjalanan Panglima Awang bermula dengan perang dengan Feringgi di Melaka,bagaimana beliau boleh ikut belayar bersama Kapten Fernando,dunia baru ke hujung benua melalui barat seterusya sampai ke Cebu dan kembali ke Melaka.

Point penting disini ialah Fernando terbunuh di Pulau Mactan,Filipina.Maka Fernando@F.Magellan tidak belayar melepasi satu bulatan dunia.Manakala P.Awang mula belayar dari Melaka dan tiba semula di Melaka.

Aku berpuas hati kerana akhirnya berjaya membaca karya Harun Aminurrashid ini walaupun ianya diterjemahkan dalam bentuk fiksyen.Barat sememangnya mengiktiraf catatan Pigafetta.Aku kagum dengan kemampuan dan ilmu pelayaran orang dulu-dulu.Selain itu,wujud tarikan baru pula untuk aku mengetahui siapa pula "Panglima Hitam"?
PERANG HOMOSAPIEN

Kita ada peranan dan fungsi dalam masing-masing pembentukan sebuah negara yang merdeka. Biar sekecil mana dan siapa pun kita, kita adalah tiang-tiangnya. Seperti juga jutaan sel dalam badan. Melalui gabungan yang mantap, ia mampu membentuk organ, saraf, dan bendalir. Tanpanya, tiada yang boleh hidup. Kita harus bergabung tenaga dan fikiran. Itu ialah kekuatan sebenar kita. Demi agama dan negara tercinta. Kata Laksamana T4 Limfosit lagi. Kali ini suaranya lebih bersemangat.
NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MENITI JALAN BERLIKU


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MENCARI KASIH AYAH


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
KUTIP


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
SAYANG SI ANA


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
ANTARA DUA GADIS


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
AKU ANAK PENGEMIS


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
USAHANYA BELUM BERAKHIR


NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
MISTERI RUMAH TINGGAL



NOVEL KANAK KANAK TERPAKAI
PROJEK 2020


NOVEL KANAK-KANAK TERPAKAI
TUAH ANAK SUNGAI MANGGIS



Sunday 21 May 2017


NOVEL KANAK KANAK
SIRI RAJAWALI FC
NI BARU PERMULAAN BEB..


NOVEL KANAK KANAK
SIRI RAJAWALI FC
MACAM BAGUS JE...


DUNIA HANYALAH PENTAS

"Komputer di hadapan mereka masih terpasang, cahaya dari skrin menyorot mayat-mayat tersebut. Setiap mayat memakai sejenis alat ganjil di atas kepala mereka, seperti sebuah topi keledar tetapi diperbuat daripada komponen elektronik yang dibentuk dan disusun dalam konfigurasi kubah atau separa sfera."

Inilah kisah seorang banduan bernama Aliff Yahaya yang dibawa keluar penjara untuk menyiasat kematian tiga orang pelajar SMK Gunung Rapat. Bersama Ketua Inspektor Kathleen Gillian DeCruz dengan pasukan elitnya, Datawan Unit 12, mereka bersama-sama menyiasat untuk merungkai misteri di sebalik kematian pelajar-pelajar itu menggunakan kecanggihan teknologi dan kepintaran daya akal.
KRONIKEL ETANOL


Dr. Majmin ditugaskan untuk menyiasat serangan serangga perosak di ladang tebu. Kerosakan dan kemusnahan tanaman tebu bermakna akan membawa kesan terhadap sumber untuk menghasilkan etanol yang digunakan sebagai bahan bakar. Penyiasatan membawa Dr. Majmin ke Perlis, yang kemudian menemukannya dengan suatu kejadian pelik, iaitu kemunculan ulat yang memusnahkan ladang tebu di Chuping hanya dalam satu malam kemudian hilang tanpa dapat dikesan.

Kemunculan Azren atau Farouk yang menghadapi masalah kecelaruan identiti telah menjawab persoalan serangan ulat ini. Bermula dengan menawan seorang anggota polis, sikap Azren bertambah aneh apabila dia bercakap sendirian, yang sebenarnya gejala halusinasi Azren. Kamalia muncul, kemudian bergabung dengan Majmin untuk melakukan penyiasatan di ladang tebu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan Azren.

Pelbagai insiden berlaku di ladang tebu ini. Anggota polis mati secara misteri; sebahagian tebu mempunyai komposisi asid yang berlebihan; pencerobohan, kemalangan demi kemalangan; kadar radio aktif yang tinggi dikesan, sehingga membawa kepada tindak-tanduk Farouk yang mula dicurigai. Kegiatan jahat Farouk/Azren dapat ditumpaskan, dan ini membolehkan penyelidikan diteruskan.
KATALIS NEUROGENESIS

"Mengapa pula aku tidak mampu melakukannya? Kejayaan sudah berada di depan mata. Inilah penamatnya. Penamat kepada perjuangan dan impian yang sia-sia. Impian yang mahu mengawal minda manusia dan mengeksploitasi pemikirannya."
PURANAKILA


Erna Bestari seorang aktivis pencinta alam, bertugas sebagai pengurus pengeluaran syarikat memproses kelengkapan elektrik di sebuah industri berteknologi tinggi. Sebelum itu, di Puranakila telah berlaku tragedi ngeri di sebuah kilang yang yang mengorbankan bapa Erna Bestari. Untuk melupakan tragedi itu, Erna Bestari dan ibunya meninggalkan tempat itu serta menugaskan keluarga bapa Haris Hakim menguruskannya. Erna Bestari dan Haris Hakim, iaitu anak angkat ibunya, melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dan teknologi pemprosesan polimer. Setelah bekerja dan menimba pengalaman, mereka membangunkan semula Puranakila.

Pengalaman sewaktu kebakaran tapak pelupusan sampah di Puranakila mengakibatkan Erna Bestari dihinggapi radang paru-paru, dan ini menguatkan keazamannya menyelesaikan masalah pencemaran alam di Puranakila. Dia mewarisi Mini Estet Puranakila daripada datuk sebelah ibunya semasa dia masih kecil.

Dengan bantuan Tuan Haji Syed Hassan dan Tuan Haji Syed Hashim, serta sokongan padu penduduk Puranakila, mereka membangunkan semula Puranakila Polimer. Tapak pelupusan sampah dijadikan kawasan pertanian yang subur, sisa organik diperoses semula menjadi baja, termasuk mengitar semula bahan plastik yang lain. Berkat kegigihan dan ilmu yang dikuasai, bukan sahaja Puranakila maju, malahan negara beroleh manfaat besar daripadanya.
KLON

Washington D.C. konspirasi peringkat tertinggi sedang berlangsung dan Amerika Syarikat dikuasai tangan-tangan di belakang tabir.


Ryan Smith dibunuh lalu seorang pakar biokimia, bioteknologi dan genetik warganegara Malaysia yang bekerja di sebuah konglemerat disiasat FBI dan CIA.

Kehilangan dokumen sulit, diburu dan menjadi pelarian di negara asing telah mengikat hubungan antara manusia berlainan agama, bangsa dan benua.

Dibantu Dr. Susan Lancester, dan melalui peristiwa demi peristiwa, Dr. Fakiruddin merungkai konspirasi terbesar dunia.
TRANSGENIK SIFAR


Dunia sudah ditenggelami air dan daratan hanya tinggal secebis, lalu manusia menetap di lautan dengan membina stesen-stesen penempatan.

Stesen Universiti Skudai, seorang perempuan bersama-sama suami dan anak perempuannya sedang menunggu seorang kanak-kanak lelaki yang diambilnya sebagai anak angkat daripada Futurgen.

Di dasar Laut Timor seorang lelaki yang bernafas bagaikan ikan sedang menghampiri bangkai Cosuteaun Star untuk melaksanakan misinya.

Peristiwa demi peristiwa dilalui, Subjek Sifar @ Humam cuba mengenal diri, mencari asal-usul dan kewajaran dirinya diciptakan.
AJAL

Abad ke-21, seorang suami berikhtiar menyelamatkan isterinya yang menhidap tumor otak yang diparahkan lagi dengan kehadiran kanser, lalu menjadi kisah klasik pada abad yang akan datang. Penghujung abad ke-22, terciptanya Huda yang membolehkan minda manusia mengawal komputer 100 peratus dan penyakit-penyakit abad lalu diperangi semudah bersin. Tiada penyakit, umur yang panjang tanpa dimakan usia, manusia bagaikan hidup selama-lamanya, namun sebagaimana kisahnya Dr.Ajal dan Dr.Nayla, apa-apa yang ditetapkan Tuhan mengatasi segala-galanya.
PERANG MIKROB

Pada tahun 2019, Dr. Lilia, pegawai bioteknologi kanan di Institut Pertanian Putra menghadiri Majlis Pelancaran “Makanan dari Syurga: Makanan Alternatif Masa Kini” di Dewan Seminar Quantum. Lilia sangat skeptikal terhadap makanan hasil genetik yang terubah suai begitu kerana dia tahu akan kesan buruknya. Di makmal, Dr. Lilia mendapati tikus-tikusnya sudah terkesan oleh pemakanan genetik ini.
Dr. Lilia dan Dr. Iskandar semakin serius melakukan pelbagai uji kaji selanjutnya bagi membuktikan kebenaran pendapatnya bahawa makanan terubah suai secara bioteknologi adalah berbahaya. Dalam perjalanan ke pejabat, Lilia terserempak dengan haiwan yang menjadi liar. Di makmal, tiga ekor tikus kajiannya mati. Di pejabat, Pak Din, pengawal keselamatan, dimasukkan ke wad, akibat makanan genetik. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia berjumpa dengan majikannya, Dr. Basri, lalu menimbulkan hal ini.
Dr. Iskandar, Dr. Lilia, dan Dr. Basri mengisytiharkan perang terhadap pertanian bioteknologi dengan cara memperbesar ladang organik. Dr. Basri berjanji menemukan mereka dengan Profesor Zawawi di Kementerian Pertanian, orang yang komited terhadap pertanian organik. Mereka berhadapan dengan Rizal yang sangat kuat memperjuangkan makanan bioteknologi ini. Akan tetapi, akhirnya Rizal juga terkena kesan pemakanan FFH ini. Seluruh negara mula huru-hara, dan manusia yang menggunakan makanan genetik mengalami komplikasi yang teruk. Dr. Iskandar dan Dr. Lilia memaklumkan bahawa mikrob perlu digunakan untuk menyembur seluruh ladang FFH. Cerita berakhir dengan kegagalan projek makanan genetik dan kejayaan pihak Dr. Lilia dan Dr. Iskandar.

Tuesday 16 May 2017

BLUE PRINT GERAKAN 
DAKWAH IKHWAN MUSLIMUN

BUKU CERITA KANAK KANAK
SIRI JENAKA KLASIK MALAYSIA
MUSANG BERJANGGUT



BUKU KANAK-KANAK
SIRI JENAKA KLASIK MALAYSIA
AWANG BUTA CELIK


Monday 15 May 2017



BUKU CERITA KANAK-KANAK
SIRI KLASIK MALAYSIA
BATU BELAH BATU BERTANGKUP


JOURNAL OF THE MALAYSIAN BRANCH
OF THE ROYAL ASIATIC SOCIETY

A FAITH FOR ALL SEASONS

An intelligent, erudite argument in which Mr. Akhtar (whose writings won the praise of Graham Greene and other British authors) challenges his fellow Muslims to bring their faith into the modern world. In the process he offers a clear and concise explanation of Islam's basic religious tenets.
THE BONE MAN OF KOKODA

In 2005 Nishimura, now in his mid-eighties and seriously ill, was forced to return to Japan. His story is an incredible adventure that gives us a radically different viewpoint on a battle that has become part of our national myth. Nishimura's life and quest above all offer a poignant reminder of the futility of war.
P RAMLEE: THE BRIGHT STAR


Ensiklopedia pertama yang memuatkan sejarah kehidupan dan penglibatan seniman agung legenda P. Ramlee di dalam dunia seni. Buku ini mengandungi fakta tentang penglibatan P Ramlee dalam dunia seni dan latar belakang hidupnya sebelum berjaya mencipta nama sebagai seniman. Terdapat rujukan kepada lagu-lagu dan filem-filem yang telah dihasilkan. Juga menyentuh barisan penyanyi, pelakon, pengarah filem dan orang lain yang turut menyumbangkan bakat mereka kepada hasil karya P Ramlee.


Buku ini dihasilkan berdasarkan kajian yang disusunkan rapi daripada sumber asal yang didapati dari perpustakaan, syarikat perfileman, pernerbitan dan orang perseorangan. Buku ini menyingkap kisah dan sejarah seorang insan seni yang cukup berbakat yang telah menghasilkan pelbagai khazanah seni yang tak ternilai harganya. Ia membawa kita menelusuri daerah seni yang pernah beliau terokai dan mengembara ke dimensi kehidupannya di layar perak dan piring hitam yang melonjakkan nama beliau ke mercu kemasyhuran. Keringat seninya memperkenalkan karya-karya agung yang kaya dengan hiburan dan pengajaran.



Filem-filemnya Bujang Lapok, Labu Labi, Ibu Mertuaku dan banyak lage membuat orang tertawa, menangis serta insaf. Lagu-lagu ciptaan dan nyanyiannys seperti Azizah, Ibu, Tudong Periok, Geteran Jiwa dan ratusan yang lain mengurniakan seribu makna yang cukup berkesan di hati semua. Bagi peminat seni dan senimum agung p. Ramlee, buku ini suatu koleksi terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini.
LAYAR PERAK & SEJARAHNYA

Saturday 13 May 2017


Ertugrul merupakan sebuah kapal perang milik Angkatan Tentera Laut Uthmani yang dilancarkan pada tahun 1863. Semasa dalam pelayaran pulang dari Jepun pada tahun 1890, mereka berdepan dengan cuaca buruk di perairan Wakayama, Jepun. Mereka dibawa arus sehingga melanggar batu karang dan karam.

Kemalangan maritim ini menyebabkan Ertugrul kehilangan seramai 533 anak kapal termasuklah Panglima Osman Pasha. Hanya 69 orang anak kapal dan pengawai terselamat dari bencana alam itu dan pulang ke Turki dengan menaiki kapal milik negara Jepun. Peristiwa iti merupakan batu asas persahabatan diantara kerajaan Turki-Jepun sehingga masa kini. 

Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza-beza, watak-watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri, konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan carafikir, kesemuanya digembargemburkan dengan santai dan bersifat perjalanan.

Sesiapa yang mencari sudut pemikiran yang kompak, watak-watak itu berhasil meluncurkannya. Sesiapa yang mencari kekuatan di sebalik getir ujian kehidupan, watak-watak itu juga sempat menyelitkannya.

Seorang lelaki yang keliru dan buntu. Seorang perempuan yang senantiasa dibalut sukar waktu. Bertemu di kota yang sering membuatkan orang jatuh cinta. Apakah pengakhirannya?

Di surat-surat dari maninjau ada cinta yang utuh, impian yang terpaksi dan kejujuran yang menjahit segala wacana. Sesiapa sahaja boleh temui dirinya di dalam surat-surat dari maninjau, seperti saya yang menemui diri saya setelah menoktahkannya.

Kepada pencinta sejarah, kepada sejarawan yang jatuh cinta, kepada yang tak pasti, kepada yang memilih untuk pergi, semoga surat-surat dari maninjau yang tiba di tangan-tangan, kalaupun tidak mengubah apa-apa, cukulah andainya bisa membawa kalian ke daerah yang paling indah, iaitu daerah 'diri sendiri'.
Misa Melayu was written by Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang DiPertuan Muda Raja Mansur Shah (Marhum Pulau Tiga) during the reign of Sultan Iskandar Dzulkarnain (1754-1764). The misa (story) tells the period of the Perak Sultanate, and was written in a structured and chronological order.
Among the subjects described in the misa are:
1. How the Perak Sultanate are the descendants of Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great of Macedonia)
2. How the Dutch commenced trade in tin at Pengkalan Halban in Perak during the reign of Sultan Muzaffar Shah II
3. The involvement of Raja Chulan with the wedding of Raja Iskandar Dzulkarnain and Raja Budak Rasul
4. The conflict between Sultan Muhammad Shah and his elder brother, Sultan Muzaffar Shah III

Misa Melayu had been studied extensively by W.E. Maxwell in 1882. R.O. Winstedt then translated it to English in 1919. A few other versions of the Misa Melayu manuscript are known to be kept at Leiden University in The Netherlands, with title Hikayat Salasilah Perak and Ikatan Raja Ke Laut.
Buku ini menyentuh banyak hal sedari awalnya sejarah negeri Perak iaitu yang bersandarkan bukti-bukti arkeologi bertarikh 8000 tahun SM sehinggalah kepada kewujudan Kesultanan Perak abad ke-20.

ANTARA YANG MENARIK:

1. MEWARISI SISTEM PEMBESAR KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Antara isi kandungan yang menarik untuk diketahui adalah Pembesar Negeri dalam konteks Sistem Politik Perak. Susunan pembesar-pembesar bergelar Negeri Perak adalah mematuhi tradisi yang dibawa oleh Sultan pertama negeri ini yang berketurunan dari Sultan Melaka yang menyaksikan penggunaan SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN. Apabila dibaca bab perihal pembesar-pembesar negeri ini, dapat kita lihat banyak nama-nama gelaran yang unik bagi pembesar-pembesar yang mengikut "ranking" seperti di bawah:

  1. Orang Besar Empat (Maksudnya ada 4 orang pembesar yang bergelar)
  2. Orang Besar Lapan (di sini letaknya kedudukan gelaran pembesar yang terkenal di dalam buku sejarah di sekolah iaitu DATUK MAHARAJA LELA)
  3. Orang Besar Enam Belas
  4. Orang Besar Tiga Puluh Dua (dalam banyak-banyak gelaran bagi bahagian ini Cikgusir tertarik dengan nama gelaran TOH TAN DEWA SAKTI)
Daripada huraian dan keterangan yang diberikan secara terperinci di dalam buku ini, penulis memberi satu kesimpulan bahawa negeri Perak merupakan salah sebuah negeri Melayu yang banyak mempunyai pembesar.

2. SISTEM WARIS NEGERI DAN PERLANTIKAN SULTAN
Susun atur melantik raja pemerintah negeri juga adalah unik. Sultan-sultan tidak dilantik secara waris bapa kepada anak; tetapi dijalankan mengikut giliran. Dikatakan di dalam buku ini tujuan sistem ini dijalankan adalah bagi memberi peluang kepada keturunan Kerabat Kesultanan Melaka, Kerabat Acheh dan Kerabat Keturunan Bugis untuk sama-sama memerintah negeri. Keunikan ini boleh pembaca selidik dengan teliti di dalam BAB IX, SISTEM WARIS NEGERI DAN PERLANTIKAN SULTAN: ADAT DAN HAKIKAT.

Akhir sekali, Cikgusir tertarik dengan catatan di bahagian penutup buku ini. Di akhir bahagian penulisannya, penulis telah mencatatkan...

Kekekalan sistem beraja sehingga kini adalah atas kekukuhan tradisinya dan juga sokongan bulat orang Melayu yang terus menjunjung kedaulatan raja-raja. Walaupun bilangan negara yang mempunyai institusi beraja kian luput di seluruh dunia. Namun negara kita merupakan negara yang dikira banyak mempunyai institusi kerajaan beraja, kesemua ini berlaku atas kehendak rakyat dan tradisi yang sudah sebati dengan penduduk asal negara ini. Oleh kerana institusi raja itu rapat kaitannya dengan identiti orang Melayu, ianya membawa pengertian institusi raja akan timbul dan tenggelam bersama orang Melayu, namun seperti kata Hang Tuah "Tidakkan Melayu Hilang Di Dunia." Sebagai bangsa yang gagah di Nusantara di zaman pra penjajah, sudah pasti orang Melayu berserta budaya dan tradisinya tidak akan lagi merelakan diri dan keturunannya "berdagang dibuminya sendiri, pupusnya Orang Melayu dan Budaya Melayu bererti akan luputlah Institusi beraja, maka tinggallah sejarah Orang Melayu dan Rajanya untuk tuntunan pelancong dan pengkaji sejarah.
Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara.
Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik ini mengupas segala jaringan kompleks operasi yang sudah menguasai Timur Jauh dan kini membuat serangan mengejut ke kawasan Barat. Pelbagai kajian dan penyelidikan sudah dilakukan mengenai Empayar China sejak beribu tahun lalu. 

Antara kisah yang dikongsi bersama adalah pelbagai cerita pembunuhan dan pengkhianatan, keberanian dan rasuah yang dilakukan maharaja dan jeneral, pengintip dan lanun, dan ramalan perubahan dunia sepanjang dekad akan datang.

Fakta menggemparkan mengenai Cina! 
- Komuniti besar yang merangkumi 55 juta ekspatriat (pengembara) 
- Jumlah aset terkumpul mencecah 2 trilion dolar 
- Rangkaian pengaruh yang bersepadu dan penuh impak
- Platform ekonomi yang nyata kukuh di Lautan Pasifik 
- Bercita-cita mempengaruhi ekonomi Barat 
- Organisasi yang mempunyai keupayaan kuasa yang hebat Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara 
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur lautSongkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Gajah Putih ialah sebuah analogi yang merujuk kepada bangsa Thai yang seringkali disalah ertikan sebagai Siam. Sudah pasti ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan siapakah Thai dan Siam.
 
Namun, jika diselidiki kajian-kajian terkini Siam sangat berbeza dari Thai dan terdapat kesalahan dalam penggunaan istilah Siam kepada masyarakat Thai yang akan cuba dihuraikan di dalam buku ini.
 
Buku ini juga akan cuba merungkaikan kisah suka duka Sultan dan rakyat Kedah yang telah bersabung nyawa dan harta benda mereka demi menyelamatkan negeri Kedah yang tercinta dan pelbagai siri peperangan yang sangat panjang. 
Namun, yang paling diingati oleh generasi lalu ialah “Perang Musuh Bisik” yang merupakan peperangan paling berdarah dan penuh komplot dalam sejarah negeri Kedah.
Kesan dan sejarahnya masih kekal hingga ke hari ini.
 Sebuah sejarah yang tidak akan dilupakan oleh kita sampai bila-bila…!
Asal nama Kelantan adalah gabungan dua perkataan iaitu Kolam/Kolom/Kala dan Thana, perkataan pertama adalah telor kepada sebutan Koli nama bandar kelahiran Maya, bonda kepada Buddha yang terletak di India. Penduduk awal Kelantan telah mengambil nama bandar tersebut sebagai nama penempatan mereka dan digabungkan dengan perkataan Thana yang bermaksud had atau sempadan lalu wujud perkataan Kolam Thana lama kelamaan sebutannya berubah menjadi Kelamtan atau Kelantan, ada masa ia disebut sebagai Tanah Kala yang membawa maksud satu kawasan tanah yang luas.
                                                                                                           
Tanah Kala Sejarah Negeri Kelantan pula merupakan naratif berbentuk cerita yang memuatkan unsur sejarah mengisahkan kerajaan Kelantan tua, ia cuba merungkaikan perkaitan Kelantan Tua dengan beberapa kerajaan lama seperti Langkasuka, Sriwijaya, Majapahit, Champa, Melaka dan Siam. Pengisahannya bermula semenjak awal kurun masihi hingga kepada kemunculan Long Yunus yang mengasaskan Kesultanan Kelantan Moden, naskhah ini terbahagi kepada enam bab mengikut hubungan Kelantan Tua dengan kerajaan-kerajaan lama yang dinyatakan, selain itu ia turut menyentuh tentang kerajaan lama lain yang terdapat di China, Vietnam, Kemboja dan Myanmar malah ia turut menyentuh kerajaan-kerajaan Eropah awal yang mengungsi ke Alam Melayu seperti Portugal, Perancis, Belanda dan Inggeris.
Didalam buku tersebut diceritakan akan kisah 2 lelaki yang sedang bertapa dan ilmu yang diamalkan oleh mereka itu ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan. 2 ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang dan Sri Gumum. 2 ekor naga tersebut bertapa didalam tasik tersebut dan semua hidupan di tasik tersebut menghormati mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia dan hidupan tasik tersebut agar tidak saling merosakkan diantara satu sama lain. Maka semua makhluk disitu hidup aman damai tanpa sebarang masalah. Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang. Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan sepanjang Laut China Selatan hinggalah ke Teluk Siam. Lautan yang bergelora dan ombak yang begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan tidak dapat turun ke laut. Berkat ilmu dan kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja hampir berjaya ditewaskan dan mendapat luka yang sangat teruk. Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi dicelah-celah gua didalam laut. Sekiranya ia cuba keluar dari lubang tersebut, dengan pantas Sri Pahang memukulnya. 

Akhirnya Sri Kemboja mendapat akal dan telah menggunakan telepati dengan memasuki kedalam mimpi Raja Siam. Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu tahu bahawa dirinya didalam kesusahan dan meminta agar Raja Siam menyiapkan sejumlah meriam di tepi pantai. Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka tembaklah ia dengan meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang.Maka pada hari yang dijanjikan maka kelihatanlah 2 ekor naga sedang bertarung. Maka ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia. Akhirnya akibat dari luka yang teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak dan menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar menjadi seorang manusia.




Banyak rahsia tentang hubungan British dan kaum Cina sebelum merdeka dulu. Saya rasa kalau kita bermain di padang yang rata pun, mereka akan goyang jugak sedikit sebanyak. Dengan ekonomi Al-Arqam pun goyang sampai jejaskan dominasi kicap, mi kuning, taucu dan sos oleh kaum mereka.


Sekarang ni, kita tak bermain di padang yang rata sebab padang tu dah senget semenjak zaman British dan disambung oleh kerajaan, disamping sikap hidup peringkat bawahan orang kita di kampung yang 'cukuplah ala kadar'.

Satu lagi, tak berguna ada 1000 program integrasi nasional kalau masih ada sekolah vernakular ni. Perpaduan mesti dipupuk sejak dari kecil. Semua kaum tetap bersatu dengan cara dipisah-pisahkan anak-anak mereka sejak dari kecil adalah mitos yang berani difatwakan oleh kerajaan sebagai formula perpaduan yang bebal di negara kita.

Disyorkan membaca buku ini bersama-sama The Chinese Dilemma karya Lin-Sheng Ye.