Ertugrul merupakan sebuah kapal perang milik Angkatan Tentera Laut Uthmani yang dilancarkan pada tahun 1863. Semasa dalam pelayaran pulang dari Jepun pada tahun 1890, mereka berdepan dengan cuaca buruk di perairan Wakayama, Jepun. Mereka dibawa arus sehingga melanggar batu karang dan karam.
Kemalangan maritim ini menyebabkan Ertugrul kehilangan seramai 533 anak kapal termasuklah Panglima Osman Pasha. Hanya 69 orang anak kapal dan pengawai terselamat dari bencana alam itu dan pulang ke Turki dengan menaiki kapal milik negara Jepun. Peristiwa iti merupakan batu asas persahabatan diantara kerajaan Turki-Jepun sehingga masa kini.
No comments:
Post a Comment