Didalam buku tersebut diceritakan akan kisah 2 lelaki yang sedang bertapa dan ilmu yang diamalkan oleh mereka itu ialah bertukar menjadi seekor naga! Pertapaan selama ratusan tahun itu akan berakhir setelah sisik naga bertukar menjadi keemasan. 2 ekor naga tersebut dinamakan Sri Pahang dan Sri Gumum. 2 ekor naga tersebut bertapa didalam tasik tersebut dan semua hidupan di tasik tersebut menghormati mereka, sehinggakan ada perjanjian diantara manusia dan hidupan tasik tersebut agar tidak saling merosakkan diantara satu sama lain. Maka semua makhluk disitu hidup aman damai tanpa sebarang masalah. Dipendekkan cerita akhirnya Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana pada waktu itu Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang. Pergelutan diantara mereka memakan masa berbulan-bulan sepanjang Laut China Selatan hinggalah ke Teluk Siam. Lautan yang bergelora dan ombak yang begitu kuat menyebabkan para nelayan disepanjang laut China Selatan tidak dapat turun ke laut. Berkat ilmu dan kesabaran Sri Pahang, Sri Kemboja hampir berjaya ditewaskan dan mendapat luka yang sangat teruk. Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi dicelah-celah gua didalam laut. Sekiranya ia cuba keluar dari lubang tersebut, dengan pantas Sri Pahang memukulnya.
Akhirnya Sri Kemboja mendapat akal dan telah menggunakan telepati dengan memasuki kedalam mimpi Raja Siam. Didalam mimpi itu tersebut ia memberitahu tahu bahawa dirinya didalam kesusahan dan meminta agar Raja Siam menyiapkan sejumlah meriam di tepi pantai. Sekirnya ternampak seekor naga yang bewarna perak maka tembaklah ia dengan meriam tersebut kerana itulah Sri Pahang.Maka pada hari yang dijanjikan maka kelihatanlah 2 ekor naga sedang bertarung. Maka ditembaklah Sri Pahang sehingga parah lah ia. Akhirnya akibat dari luka yang teruk itu Sri Pahang pulang ke negeri Pahang dalam keadaan nazak dan menghembuskan nafasnya yang terkahir di Pekan, Pahang setelah ia bertukar menjadi seorang manusia.
No comments:
Post a Comment