Gajah Putih ialah sebuah analogi yang merujuk kepada bangsa Thai yang seringkali disalah ertikan sebagai Siam. Sudah pasti ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan siapakah Thai dan Siam.
Namun, jika diselidiki kajian-kajian terkini Siam sangat berbeza dari Thai dan terdapat kesalahan dalam penggunaan istilah Siam kepada masyarakat Thai yang akan cuba dihuraikan di dalam buku ini.
Buku ini juga akan cuba merungkaikan kisah suka duka Sultan dan rakyat Kedah yang telah bersabung nyawa dan harta benda mereka demi menyelamatkan negeri Kedah yang tercinta dan pelbagai siri peperangan yang sangat panjang.
Namun, yang paling diingati oleh generasi lalu ialah “Perang Musuh Bisik” yang merupakan peperangan paling berdarah dan penuh komplot dalam sejarah negeri Kedah.
Kesan dan sejarahnya masih kekal hingga ke hari ini.
Sebuah sejarah yang tidak akan dilupakan oleh kita sampai bila-bila…!
No comments:
Post a Comment